Rezeki di Musim PKP
- Nabilah Zamri
- Jun 19, 2020
- 1 min read
Aku pelajar,
Yang masih menjalani sesi praktikal,
Mujur tempat praktikalku tidak jauh daripada rumah kediaman asalku,
Aku syukur kerana ibubapaku masih mampu menyediakan juadah buat kami adik-beradik,
Bencana Covid-19 menghantui seluruh dunia memberi impak yang besar kepada ekonomi negara,
PKP dijalankan,
Secara tidak langsung,
Ia mengajar kita untuk bersyukur dengan apa yang kita ada,
Berduyun-duyun terpampar di muka media sosial,
Ramai saudara kita yang kelaparan,
Rumah yang berdindingkan kain atau zink buruk,
Aku dan kau adalah sama,
Kita manusia,
Tinggal dibumi Allah yang ditugaskan sebagai khalifah,
Kerana manusia adalah sebaik-baik ciptaan,
Setiap orang dikurniakan rezeki berbeza,
Mungkin dia kaya,
Tapi hati tidak tenang kerana hutang keliling pinggang,
Mungkin dia miskin,
Tapi dia lebih merasai nikmat manis solat daripada orang lain,
Mungkin dia juga kaya,
Tapi sedekah bukan satu perkara yang ganjil untuk dirinya,
Takdir hidup kita berbeza,
Penciptaku lebih mengetahui yang terbaik buat hambanya,
Inginkan kesenangan,
Berasa cukup dengan keperluan,
Berasa mewah,
Itu lumrah kita sebagai manusia,
Tetapi ujian setiap individu juga berbeza,
Kehidupan sementara ini adalah tempat kita mencari bekalan,
Bekalan yang akan kita bawa kesana untuk berehat buat selama-lamanya.
Comentários