top of page

Kematian

  • Writer: Nabilah Zamri
    Nabilah Zamri
  • May 13, 2020
  • 1 min read

Hari demi hari berita kematian semakin rancak dikhabarkan diudara,

Berita yang mampu membuatkan hati hancur berderai bagi siapa yang mendengarnya,

Bak kaca pecah yang dihentam lantai,


Kematian datang tanpa syarat,

Ia hanyalah rahsia tuhan,

Bersedia atau tidak?

Tidak dipedulikan,


Tidak pernah lewat sesaat mahupun lebih sesaat,

Aku adalah pendosa hina,

Tetapi kematian dalam husnulkhotimah adalah impianku,


Saat nyawa dihujung tanduk,

Tiada apa yang dapat membantuku,

Hanya amalam lampau yang mampu meringankan atau memberatkan sakaratulmautku,


"LAILAHAILLALLAH..."

"Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah SWT",

Diucapkan dihujung lidah sebagai tanda keimanan,

Diucapkan oleh setiap tubuh yang bernyawa yang bakal menjadi seorang jenazah, Pernah terfikir?! Adakah kita mampu mengucapnya dengan baik?


Kini bermulalah kehidupanku di alam barzakh seorang diri.

Recent Posts

See All
Rezeki di Musim PKP

Aku pelajar, Yang masih menjalani sesi praktikal, Mujur tempat praktikalku tidak jauh daripada rumah kediaman asalku, Aku syukur kerana...

 
 
 

Comments


bottom of page