top of page

Hati

  • Writer: Nabilah Zamri
    Nabilah Zamri
  • May 13, 2020
  • 1 min read

Ada seketul daging dalam diri ini,

Yang mana,

Sekiranya rosak daging tu,

Maka rosaklah keseluruhan tubuh,


Hati,


Ya Hati,

Aku tahu Kau perlukan santapan,

Santapan untuk membina kekuatan,

Sungguh Aku sentiasa berusaha untuk memenuhi kehendakmu seharian,


Tetapi,


Aku hanya manusia biasa,

Yang kononnya sibuk akur dengan tugas seharian,

Sehinggalah satu hari,

Aku rasa kosong,

Kosong yang aku sendiri tak mampu untuk ungkapkan,


Ya hati aku!

Hati aku kosong,

Kerana apa?

Kerana aku lupa bahawa makanan bukan sahaja untuk kesihatan fizikal,


Namun,

Rohaniku juga memberontak untuk dia dipenuhi dengan santapan agar kembali kuat,


Setiap Dalam diri ini,

Sebenarnya rindu akan fitrah,

Cuma diri ini ada ego yang menghalang,

Tidak memberi ruang pada hati dan jiwa untuk dipenuhi kehendaknya,


My dearself,

Rendahkan ego Kamu,

Sejauh mana perjalanan Kamu,

Setinggi mana pangkat Kamu,

Sebanyak mana pengalaman Kamu,

Tetapi.


Sekiranya hatimu kosong,

Maka,

Percayalah,

Sukar untuk kamu menikmati rasa manis yang hakiki.

Recent Posts

See All
Rezeki di Musim PKP

Aku pelajar, Yang masih menjalani sesi praktikal, Mujur tempat praktikalku tidak jauh daripada rumah kediaman asalku, Aku syukur kerana...

 
 
 

Comments


bottom of page