Ketika Azazil Berputus Asa
- Nabilah Zamri
- May 13, 2020
- 3 min read

Prof. Dr. Fayyadh seorang pensyarah dan saintis Astronomi di satu institusi pengajian IPTS. Beliau dilahirkan dalam keluarga beragama islam tetapi dia seorang athies kerana dia percaya semua perkara yang berlaku disebabkan penelitian sains dan fizik. Tiada perkara yang berlaku secara kebetulan. Pegangannya serta-merta berubah selepas satu fenomena yang lari daripada kajian beliau lakukan selama berbulan-bulan. Fenomena yang luar biasa itu berlaku tanpa isyarat. Kegagalan 11 bintang sejajar pada malam itu telah mengubah persepsi beliau. Dalam masa yang sama juga, bencana alam berlaku secara serentak dimerata tempat dan bekalan elektrik di kawasan kajiannya terputus buat sementara.
Sekarang beliau berada di dunia akhir zaman dimana tibanya dajjal dan fitnah dajjal yang telah tersebar secara berleluasa. Pada waktu ini, telah berlaku peperangan yang amat dasyat dimerata tempat diseluruh dunia. Disebabkan perkara itu, mereka berjalan sebagai pelarian untuk mencari tempat perlindungan. Dalam perjalanan ini berlaku pelbagai peristiwa yang aneh membuatkan mereka tertanya-tanya dan hairan. Mereka terus berjalan dengan harapan dapat menemukan sesuatu yang dapat menolong mereka di hadapan nanti. Berhari-hari berjalan dengan bekalan yang tidak cukup sangat mencabar bagi mereka untuk bertahan. Ada yang meninggal dipertengahan jalan. Ada juga yang hilang dalam perjalanan dan tidak tertinggal juga yang lari dari kumpulan. Benar pernyataan daripada hadis dimana makanan orang-orang bertakwa diakhir zaman adalah zikir. Yang mana masih kekal didalam kumpulan ini aktiviti zikir tidak pernah terputus dibibir mereka.
Setelah berjalan berhari-hari, mereka sepakat untuk berehat di satu perkampungan yang sunyi. Masing – masing tidak melepaskan peluang untuk mencari bekalan disekeiling di kampung itu. Mana tahu menemukan barang yang berharga dapat membantu perjalanan mereka. Semesa mereka berehat, ada datang seekor binatang besar kearah mereka sedang berehat. Binatang itu boleh bercakap! Dia berkata. Biasanya dia akan makan mana-mana manusia yang dia jumpa. Tetapi binatang ini tidak dapat makan kumpulan manusia ini kerana mereka adalah manusia yang baik. Binatang itu memberi isyarat supaya cepat beredar dari kampung ini kerana tentera dajjal akan melalui kampung ini tidak lama kemudian. Binatang itu memberi petunjuk laluan yang tidak akan berselisih dengan tentera dajjal.
Perjalanan mereka semakin rumit dan semua semakin lemah untuk bertahan. Sekali lagi mereka berkeputusan untuk berhenti di satu perkampungan. Kali ini mereka berteduh di kawasan yang agak terpencil dengan harapan tidak dijumpai oleh tentera dajjal. Semasa mereka berehat. Mereka terdengar bunyi bising seperti pertelingkahan di luar. Seorang lelaki pendek, mukanya buruk dan jelas terpampar didahinya perkataan KAFIR! Dia mengarahkan tenteranya untuk mengumpulkan orang kampung dan mereka juga tidak terlepas tertangkap. Semasa berada dihadapan makhluk itu. Fayyadh terkejut dengan apa yang dilihat. Seorang lelaki yang sangat dia kenali berada di sebelahan makhluk terkutuk itu. Kawannya yang disangka hilang dan mati dalam perjalanan.
Seletah itu, mereka dibawa ke satu kawasan dan dikumpulkan di satu tempat dikelilingi oleh ribuan manusia. Makhluk terkutuk itu mengarahkan semua makhluk untuk tunduk sujud kepadanya dia kerana dia akui dirinya adalah tuhan. Semua tunduk serta merta ada yang terpaksa kerana takut dengan hukuman yang akan diberikan dan ada juga yang tunduk kerana kononnya kagum dengan kehebatan makhluk terkutuk itu. Tetapi ditengah-tengah manusia yang beribu itu. Ada seorang lelaki yang berdiri tegak dengan gah dan tidak menunjukkan takut atau risau keatas dirinya sekali pun. Fayyadh adalah seorang lelaki yang bertakwa dan berani. Dia yakin dengan kuasa Allah SWT. Apa yang akan berlaku pada dirinya? Dibunuh? Diseksa? Fayyadh selamat?
Pengajaran
1. Setinggi mana ilmu seseorang itu tetap ada ruang kelemahan kerana otak manusia terbatas untuk mentafsir fenomena perubahan dunia.
2. Seorang yang memeliki ilmu agama boleh menjadi seorang munafik dan diperdayakan oleh kuasa jahat kerana akidahnya tidak berpegang teguh kepada Allah SWT.
3 . Yakin pada pendirian diri Allah akan membantu selebihnya.
4. Jangan pernah mengalah apabila melakukan sesuatu perkara kerana dengan semangat dan kepercayaan kunci untuk terus berjalan maju.
Comments