Ahmad Ammar
- Nabilah Zamri
- May 13, 2020
- 2 min read

Assalamualaikum readers... How are you today? I hope today will be a great day today for all may Allah bless and ease everything Insha Allah.
.
Okay!
.
Harini nak review buku berkenaan "AHMAD AMMAR" siapa yang tak kenal lelaki hebat ni betul? Syahid dalam perjalanan dalam sampaikan ilmu masha allah. Semasa beliau berada di turkey dalam tempoh pengajian beliau.
.
Basically, buku ini menceritakan rutin atau etika "AHMAD AMMAR" daripada kecil sampailah beliau meninggal dunia. Sangat menggagumkan. Antaranya:-
1. Tidak meninggalkan qiamulail
2. Tidak pernah membantah kehendak ibubapanya
3. Semua perkara meminta izin daripada ibu bapanya
4. Melakukan perkara bersungguh-sungguh walaupun sekecil-kecil perkara
5. Tidak pernah menunjuk kelebihan diri.
Contoh sekecil perkara ialah:-
Di sekolah asrama sekolah menengah beliau. Beliau ditugaskan untuk membersihkan dapur. Dan apabila giliran beliau. Dapur ditinggalkan dalam keadaan sangat bersih.
Seterusnya, di dalam buku ini juga menceritakan perjalanan Ahmad Ammar daripada sekolah rendah hingga sekolah menengah. Banyak cerita yang sangat mengkagumkan bagi saya dan memberi inspirasi kepada saya lebih-lebih lagi saya masih dalam status pelajar.
Tibanya hari kematian AHMAD AMMAR. Beliau dalam perjalanan untuk mengajar sebagai kerja sambilan beliau yang dijalankan secara sukarela di sana. Tiba-tiba ada van ambulance terlanggar beliau dan jatuh. Tiada saksi dikawasan itu. Hanya pemandu van itu sahaja sebagai saksi kemalangan itu berlaku. Sewaktu pemandu itu turun, dia terkejut. Terkejut kerana tiada kotor atau cedera yang besar berlaku terhadap AHMAD AMMAR sedangkan van tadi dalam keadaan laju.
Setibanya dihospital, doktor melaporkan bahawa beliau telah meninggal dunia kerana hentakan kuat di belakang menyebabkan ada kecederaan bahagian dalam yang memberi impak yang besar.
Sifat mulia beliau Allah SWT tunjukkan sebagai bukti sewaktu hari kematian AHMAD AMMAR.
1. Tiada luka dibadan beliau
2. Mayat beliau berpeluh tanda-tanda seseorang mati syahid
3. Kematiannya disembahyangkan orang ribuan komuniti di Turkey walaupun beliau bukan siapa-siapa di sana.
Comments