top of page

Kekuatan

  • Writer: Nabilah Zamri
    Nabilah Zamri
  • May 13, 2020
  • 1 min read


Jiwa aku sering membuak-buak untuk memenuhi kehendak nafsu,

Aku yang semakin hari semakin cuba untuk berlawan,

Masih terpanggil untuk akur dengan kehendaknya,

Kadang - kadang aku menjadikan alasan ujian yang menimpa diri ini sebagai alasan aku patuh kepada nafsu itu,


Bukan kerana aku lemah,

Cuma ilmu aku cetek,

Acap kali mencari alasan untuk memulakan kebaikan,

Aku seorang wanita yang fitrahnya sering beremosi,


Semakin banyak aku cari,

Semakin banyak dugaan yang datang,

Kadang aku keliru,

Adakah ia ujian atau balasan,

Hampir setiap hari aku berfikir,


Kerana itu aku hampir berputus asa,

Kekuatan yang aku rindukan,

Kekuatan pada jiwa yang mahal untuk dirasai,

Kekuatan itu akan terus menjadi lemah,

Sekiranya tiada perangsang untuk mendapatkan ia kembali,

Aku tidak akan pernah berputus asa untuk mencari dan cari kekuatan itu!

Recent Posts

See All

תגובות


bottom of page