top of page

Masa

  • Writer: Nabilah Zamri
    Nabilah Zamri
  • May 13, 2020
  • 1 min read


Masa akan terus berdetik mengikut arah jam tanpa mneghiraukan apa yang sedang kita lakukan,

Masa akan terus berjalan tanpa menunggu sehingga usai pekerjaan kita,

Masa,

Satu perkara yang bernilai,


Tetapi,

Ramai yang masih tidak peduli akan nilai mahal yang dihasilkan,

Masa

Terus berlalu dan berlalu,

Sehingga satu saat,


Ia Berhenti,

Bukan kerana terhenti masa didunia,

Sebaliknya,

Berhenti untuk kita nikmati masa yang diberikan didunia,

Apa kita dah bersedia?


Bersedia untuk mempamerkan kepada yang Maha Berkuasa,

Pamerkan apa yang kita telah lakukan pada nikmat MASA yang diberikan,

Ujian demi ujian hadir mencemburui dalam kita manfaatkanNYA,

Lalu, aku sebagai hamba-Nya yang sering tertewas,


Aku risau akan diriku,

Apa aku sudah menggunakan MASA dengan baik?

Dalam setiap ujian yang aku lalui jalan penyelesaian AKAN datang tanpa diduga,

Maha Pemurah kepada Maha Berkuasa akan terus memberi peluang dan ruang kepada hambaNYA.


Wahai MASA aku tahu kau tidakkan menungguku,

Maka Ya Allah bantu aku untuk mengejarnya.

Agar aku dapat pamerkan yang terbaik,


 DI HADAPANMU PADA HARI PENENTUAN.


Recent Posts

See All

Comments


bottom of page