Arkitek Jalanan
- Nabilah Zamri
- May 13, 2020
- 3 min read

Ahmad dan Teme baru sahaja habis cuti belajarnya di Malaysia. Kini mereka kembali terbang ke UK sebagai pelajar arkitek di sana. Hanya mereka berdua sahaja pelajar malaysia yang mengambil kursus arkitek di luar negara di United Kingdom. Mereka telah 6 tahun belajar di negara orang, jadi tidak hairanlah sekiranya mereka terlalu rapat sehingga pensyarah ditempat mereka belajar mengelarkan diri mereka kembar. Teme berasal daripada keluarga yang sederhana. Dia tidak mahu menyusahkan kedua-dua ibu bapanya untuk menanggung masalahnya di sini. Teme mencari duit lebih dengan melukis di tepi jalan dengan harapan ada orang kaya yang sudi untuk membeli lukisannya. Teme tidak mengharapkan lebih. Duit itu lepas untuknya bayar yuran university dan makan minumnya setiap hari sudah memadai.
Teme memberitahu hasratnya untuk menulis buku kisah perjalanan hidupnya kepada anak bangsa di Malaysia kepada Ahmad. Ahmad kurang setuju dengan tindakan Teme kerana kini mereka sudah tahun akhir. Sudah tentu kesibukkan dalam menyiapkan kerja kursus akan berlipat ganda. Dia perlu melukis untuk mencari duit dan dalam masa yang sama di perlu belajar untuk mencapai first class in degree. Sekarang teme mahu menulis buku pula. Dia risau sekiranya sahabat rapatnya satu-satu yang berada disini tidak dapat menumpukan sesuatu yang lebih penting.
Sebelum kuliah bermula, Ahmad mengajak Teme berjumpa dengan rakan barunya yang juga dapat sambung belajar di UK dengan bantuan biasiswa. Teme dan Afiq mesra berbual. Biasalah perbualan pelajar yang dapat sambung belajar di luar negara mesti akan tanya sambung belajar bawah biasiswa apa. Teme jawab dia tiada dapat mana-mana biasiswa ataupun sponser. “Oh private ke? Anak orang kayalah ni.” Teme diam. Dia dah lali dengan kata-kata itu. Orang menganggap dia daripada keluarga kaya. Tidak lama kemudian teme minta izin awal sebab dia perlu sambung melukis untuk mencari duit lebih. Afiq mendengar kata-kata Teme. Afiq terus memberi nasihat kepada teme agar jangan membuang masa dengan perkara tidak berfaedah. Ibubapa Teme hantar kesini untuk belajar bukan untuk melukis. Teme tersentak dengar ayat afiq dan dia juga sudah biasa dengan apa orang kata padanya. “Thanks, bro nasihat kau tu. Aku gerak dulu ada hal ni.” Kata Teme.
Ahmad memberitahu Teme sekiranya dia mahu dapat first class degree. Dissertationnya perlu tersenarai antara top 10 dissertation. Teme tahu dia lemah dalam membina ayat yang kreatif tapi dia tak jadikan sebagai halangannya. Setelah beberapa minggu dia menyiapkan dissertation, Teme hantar kerjanya pada pensyarahnya tepat pada masa yang ditetapkan. Lega satu kerja kursus telah dihantar. Selang beberapa minggu, keputusan dissertation keluar. Ahmad gembira dengan keputusannya dan terus berjalan ke bilik teme untuk berkongsi sama rasa gembira. Ahmad melihat teme termenung. Termenung sambil melihat telefon. Ahmad mengambil telefon yang dipegang oleh Teme. Dia terkejut. Dia tidak sangka dengan apa yang dia lihat.Teme dapat D untuk dissertation. Kedua- dua mereka diam. Ahmad juga tidak tahu mahu mulakan macam mana.
Sudah beberapa hari teme berdiam diri. Ahmad tahu kelakuan rakannya bukan begini. Ahmad tekad untuk buka mulut. Ahmad memberitahu Teme untuk jangan berputus asa. Ahmad memberitahu Teme masih boleh ada peluang untuk dia perbetulkan dissertationnya untuk kali kedua. Sebab dissertation yang ini hanya pernilaian pertama dan kedua ini adalah penentu yang terakhir. Teme nekad untuk buat dengan teliti setiap bait kata yang digunakan supaya tidak ada pun yang dibuat dengan sambil lewa. Pada hari untuk hantar dissertation Teme letakkan tawakalnya kepada Allah SWT 100% kerana dia sudah buat yang terbaik daripada dirinya. Bagimana dengan keputusan Teme? Dia dapat first class degree atau tidak? Bagaimana dissertation? Keputusan Ahmad pula bagaimana? Apa terjadi pada mereka selepas habis pengajian di tahun akhir?
Pengajaran
1. Memudahkan urusan ibu bapa. Teme tetap bersemangat untuk menyambung pelajarannya walaupun dia perlu melakukan dua perkara dalam masa yang sama.
2. Bersyukur dengan rezeki yang diperolehi. Teme tidak pernah merungut duit yang dia dapat daripada hasil jualannya untuk bayar yuran dan makan seharinya.
3. Mempunyai impian yang tinggi. Teme berazam untuk mendapatkan first class degree walaupun orang disekilingnya berkata mustahil kerana kebiasaannya yang mendapat keputusan itu tidak lebih daripada 10 orang,.
4. Tidak pernah mengalah. Teme tidak mengalah untuk membuat yang terbaik untuk dissertationnya yang terakhir. Setiap bait perkataan yang digunakan dia akan ambil kira sesuai atau pun tidak.
5. Menasihati rakan agar perasaan lemah semangat tidak berpanjangan. Ahmad menaishati Teme untuk tidak lemah semangat kerana semestinya sahabat yang baik mahu sahabatnya juga bersama.
Comments