Andainya Ini Ramadhan Terakhir
- Nabilah Zamri
- May 27, 2020
- 2 min read
Andainya Ini Ramadhan Terakhir….

Andainya ini ramadhan terakhir buatku, akan ku mohon suungguh-sungguh pada Pencipta agar mengampunkan dosa-dosaku yang pernah aku lakukan. Kerana sifat aku sebagai seorang manusia yang sentiasa melakukan dosa. Secara sengaja mahupun tidak sengaja.
Andainya ini ramadhan terakhir buatku, akan aku mohon pada Pencipta agar pertemukan aku dengan orang-orang yang belum aku selesai urusan aku dengan mereka atau hutang-hutangku yang belum selesai. Kerana sifat aku sebagai manusia yang mudah lupa akan janji atau perkara-perkara yang pernah berurusan dengan orang lain.
Andainya ini ramadhan terakhir buatku, akan aku mohon pada Pencipta agar bantu aku untuk perbaiki akhlak ku dengan makluk, binatang dan juga dengan benda tidak hidup. Kerana sifatku seorang manusia yang mudah melatah apabila nafsu menguasai diri yang mampu menghilangkan kewarasan dalam tindakan.
Andainya ini ramadhan terakhir buatku, akan ku mohon pada Pencipta agar bebaskan aku dalam dunia gelapku yang setiap hari menghantui hidup aku sehingga hari ini. Kerana sifatku seorang manusia yang pendosa pernah tergelincir ke lubang hitam dek kerana cetek ilmu di dada.
Andainya ini ramadhan terakhir buatku, akan ku mohon pada Pencipta agar bantu aku untuk ikhlaskan setiap gerak geri aku di dunia agar tidak menjadi perkara yang sia-sia. Kerana sifatku seorang manusia yang mudah lupa akan soal hati yang mudah termakan dengan hasutan nafsu yang boleh menimbulkan riak di dada.
Andainya ini ramadhan terakhir buatku, akan ku mohon pada Pencipta agar bantu aku dalam mempertenguhkan semangatku dalam dakwah untuk masa yang berbaki agar aku mati dalam keadaan syahid. Kerana sifatku seorang manusia yang imannya mudah goyang apabila berhadapan dengan ujian dalam dunia dakwah. Pujian kawan, merasa diri sudah banyak buat benda baik, difitnah oleh orang awam dan sebagainya.
Ramadhan kali ini sangat-sangat berbeza sekiranya dibandingkan dengan tahun-tahun lepas. Yang dahulu aku asyik memberi alasan tidak sempat. Kini, Allah buka segala masa yang aku penuhi dahulu dengan kerja dunia yang tidak pernah habis.
Wahai sahabatku yang membaca, sekiranya engkau baca surat hati aku ini. Aku mohon jangan kau tinggalkan aku jauh sekiranya satu hari engkau melihat aku diuji sehingga pergi jauh dari fitrah.
Yang Benar,
NZ
Comments