top of page

Aku dan Duniaku

  • Writer: Nabilah Zamri
    Nabilah Zamri
  • Jun 19, 2020
  • 5 min read

“Kring!!!!!!Kring!!!!!”

“Haa?! Dah jam 6 pagi? Cepatnya masa. Rasa macam tadi baru je lelapkan mata” kata aku sambil menegeluh tetapi tetap memaksa diri juga untuk bangkit daripada tempat tidur dan terus capai tuala mandi kerana perlu kejutkan adik-adik untuk bersiap ke sekolah.


“Ahmad, Umar dah dah bangun pukul 6 dah. Pergi cepat mandi dah nak azan subuh dah”


Ahmad dan Umar bergegas bangkit daripada tempat tidur mereka. Menjadi rutin harian mereka untuk bangun pagi kerana jarak antara sekolah dan rumah agak jauh. Sekiranya keluar lambat daripada rumah pasti sampai ke tempat sekolah lewat kerana tersekat dalam kesesakan lalu lintas.


“Ahmad,Umar dah gosok baju sekolah?” Tanya aku pada adik-adik.


“Dah….” sahut kedua-kedua adik lelakiku dengan nada suara yang dengar tak dengar kerana masing-masing masih mamai bangun daripada tidur.


Setelah usai kami bersiap dengan pakaian sekolah dan aku dengan pakaian untuk ke kerja. Kami bersedia untuk menunaikan solat fardhu subuh. Tepat azan dilaungkan kami terus menunaikan solat fardhu subuh.

“Makin ramai rakyat Malaysia terkena virus covid-19 ni. Hmm… hampir setiap hari mesti pesakit meningkat 100 lebih” aku berkata sendiri dengan rasa sedih apabila baca berita-berita yang disiarkan di media sosial. Risau dengan keadaan Malaysia, lebih-lebih lagi di kawasan Selangor semakin banyak kawasan telah direkodkan sebagai zon merah.


Virus yang bermula daripada Negara china dan kini merebak ke seluruh dunia. Pelbagai asbab menjadi faktor penyebaran virus ini dan kes meningkat secara mendadak. Antaranya ialah kegiataan pelancongan yang tidak terkawal mampu membawa penyakit daripada luar masuk ke dalam Negara.


Virus yang dinamakan covid – 19, ia tidak dapat dirawat dengan mana-mana vaksin dan antidote buat masa sekarang. Ramai pengkaji sedang melakukan peneyelidikan terhadap “Virus” ini tetapi tetap tidak mendapat jawapan. Cara pemulihan adalah sepenuhnya, bergantung pada antibodi pesakit tersebut dan disusuli dengan beberapa ubat yang digunakan untuk merawat virus SARS yang pernah juga mengahantui dunia suatu masa dahulu. Ini adalah salah satu langkah ikhtiar yang dilakukan oleh ‘Frontliner’ kita kepada pesakit covid-19.


“Kak urut kaki umi kejap kat bilik, lenguhlah kaki sebelah kiri ni” minta umi.


“Okay umi, kejap ya umi. Nanti akak datang” setelah selesai urusan aku dibilik. Aku bergegas ke bilik umi dan berborak dengan umi.


Ayah tiba-tiba masuk bilik.


“Eh eh eh dia urut-urut kaki lagi, Ni haa tahu tak PM baru keluarkan perutusan yang perintah berkurung 14 hari?” ujar ayah pada kami yang masih lagi baring dibilik di atas katil. Aku yang berada di sebelah umi serta merta berhenti mengurut kaki umi kerana tidak percaya dengan apa yang disampaikan oleh ayah. Malaysia di perintahkan untuk berkurung selama 14 hari mulai 18 march 2020.


“Perintah berkurung?” umi dan aku tercengang. Melihat antara satu sama lain.

“Esok diperintahkan berkurung, boss masih kat turkey. Hmm… macam mana company nak buat keputusan ni?” Berkata sendiri aku didalam kereta dalam perjalanan ke pejabat.


“Sofia, macam mana esok?”


“Kita cuti ke?”


“Ke bekerja daripada rumah?”


Bertalu-talu soalan yang diajukan oleh pekerja di pejabat kepada kak Sofia yang berkhidmat sebagai Eksekutif Sumber Manusia dan Kewangan di Syarikat.


“Hmm… saya pun tak tahu lagi, kita kene tunggu arahan daripada Puan dan Dato”. Jawab kak Sofia sambil betulkan kedudukan barang beliau di atas meja kerana baru sahaja sampai pejabat sudah diajukan dengan pelbagai soalan oleh pekerja-pekerja.


Aku di tepi sebagai seorang pelajar yang berkhidmat di situ untuk latihan industri hanya melihat perbualan mereka dan menunggu keputusan akhir daripada pihak atasan.


Jauh di lubuk hati aku. Aku sangat berharap agar syarikat beri peluang kepada pekerja untuk bekerja daripada rumah.


Secara jujur aku pernah berkata dan minta pada tuhan “Ya Allah aku teringin nak rasa solat subuh dalam keadaan tenang” kerana pada mula hari latihan industri aku. Aku solat subuh agak cepat dan kilang kabut kerana perlu kejar masa untuk elak daripada keksesakan lalu lintas dalam perjalanan untuk ke sekolah adik. Kalau tidak, pasti kami akan tersekat di kesesakan lalu lintas.


“Okay mulai esok kita semua perlu bekerja daripada rumah jadi semua fail yang perlu digunakan boleh save di e-mel atau gunakan apa-apa cara untuk di simpan di laptop. Pihak sales pula hanya datang ke pejabat sekiranya perlu berurusan dengan klien atau boleh tangguhkan mana-mana temujanji bersama klien sehingga tamat PKP, ni arahan akhir daripada puan”.jelas kak sofia pada semua staff berkenaan esok.

“Okay harini nak buat apa ya, emm?” kata aku dalam hati sambil melihat kawasan sekeliling rumah.


Otak dah mula berfikir pelbagai projek mahu dijalankan, taman pokok, bersihkan beranda, bersihkan bilik, bersihkan peti ais, bersihkan rumput panjang di depan rumah dan banyak lagi.


“Hmm… kejap lagilah aku start, nak tengok cerita semalam kejap kat youtube” habis satu cerita buka pula video-video lain sehingga terlupa pada projek besar yang telah dirancang pada awal kerana terlampau asyik menonton cerita dan akhirnya timbul rasa tangguh dan akhirnya malas untuk melakukan mana-mana kerja.


Hampir setiap hari berlalu 3 hari aku melakukan aktiviti yang sama dan projek yang dirancang satu pun masih tidak berjalan. Aku mula sedar yang kepala aku mula sakit kerana asyik tengok telefon dan aku rasa mula sedar tidak sedap badan. Mulai detik itu aku dapat rasakan ada perkara yang tidak kena dengan diri aku. Bak kata orang putih “Something wrong somewhere”


Bangun daripada tidur jam menunjukkan sudah tepat jam 9 pagi. “Allah! pukul 9 dah, haish, tak boleh jadi ni! Kalau hari-hari aku macam ni, seolah-olah macam orang tidak ada matlamat hidup pula, Main phone, makan, tidur” kata aku pada diri sendiri dengan nada yang agak geram dalam masa yang sama perlahan di dalam bilik.


Beberapa detik kemudian…


Buka phone lagi… keluar poster Prof Muhaya dan Dr Aniah yang bercakap tentang ‘Time Block’ di facebook dan instagram. “Em, macam menarik topik ni!” aku yakin perkongsian ini akan menarik kerana Dr Aniah adalah antara speaker kesukaan yang banyak kongsikan berkenaan inspirasi bersama suaminya seperti, leadership, time management, self-control, taking health food, how to keep positive and productive dan banyak lagi yang mereka kongsikan.


Di live itu ada menerangkan tentang ‘Mind Sweap’ yang mana kita tulis perkara yang kita mahu lakukan dan yang ada di dalam fikiran kita di atas kertas. Selepas itu bahagikan kepada 5 perkara iaitu Deep Work, Mindless Work, Browsing, Calls dan Errnds. Yang mana pecahan ini mampu membantu kita dalam mengurus masa dan perlu beri tumpuan yang mana satu terlebih dahulu.


Pada esok harinya, aku manrik satu kertas putih yang berada di atas meja dan cuba untuk aplikasikan ‘Mind Swept’ yang diterangkan oleh Dr semalam. I precisely, arrange my schedule by following the suitable activities for the particular time. “Okay! Siap pun. Mula-mula aku kene buat apa ya? Hm.” Aku berfikir sambil memegang kertas tiu dan tengok apa dan dari mana patut aku mulakan.

Tetapi malangnya, kekuatan disiplin hanya mampu bertahan dalam 2 hari. Kemudian pada hari seterusnya, aku tidak dapat untuk mengikuti jadual masa yang aku tetapkan antara asbabnya ialah tidak berdisplin dan ada pekerjaan lain yang mengacau aturan jadual untuk satu-satu tugasan pada waktu itu. Dr.Aniah ada terangkan juga di live yang mana“You have to do some experiment on yourself towards your schedule based on your commitment and time”.




Oleh itu, aku dapati time blocking agak sukar untuk aku aplikasikan dalam jadual harian. Kemudian aku membuat keputusan untuk senaraikan semua aktiviti yang perlu aku lakukan pada hari tersebut sahaja dan bahagikan kepada 5 perkara yang Dr. Aniah terangkan agar aktiviti atau tugasan itu lebih jelas dan mudah sebagai rujukan. Sekurang-kurangkan, apabila telah menyenaraikan semua tugasan yang perlu dibuat pada itu akan timbul rasa tanggungjawab untuk selesaikan setiap aktiviti pada hari tersebut dengan masa yang lebih fleksibel.

“Tidak akan beranjak kedua kaki anak adam pada hari kiamat disisi tuhannya sehingga akan ditanya tentang lima perkara:-“


Tentang yanag kita gunakan masa umur kita.

Tentang yang kita habiskan sewaktu masa muda.

Tentang daripada mana harta yang kta perolehi.

Tentang apa yang kita belanjakan dengan harta kita.

Tentang apa yang kita amalkan daripada ilmu yang kita ketahui.


(Hadis Riwayat Tarmizi)

Comments


bottom of page