Destinasi
- Nabilah Zamri
- May 13, 2020
- 2 min read








Aku berjalan untuk menggali rahsia alam.
Aku bergerak sendiri dengan kekuatan Allah sajikan,
Tak takut ke bergerak sendiri?
Tipu jika tidak jawapan yang ku berikan,
Ya aku takut,
Ya aku risau,
Ya aku malu,
Ya aku tidak tahu arah,
Tapi inilah caraku untuk ku uji diri ini luar daripada yang pernah aku lakukan,
Sampai aku disebuah perkampungan pada 4 oktober 2019,
Selepas mengharungi perjalanan selama 2 jam setengah,
Kami disajikan dengan pelbagai juadah,
Dari yang pernah dilihat hingga yang acapkali menjadi menu sajian ku,
Aku mencabar diriku menjadi seorang fasilitator di sebuah sekolah rendah di sana,
Pada awalnya ku kekok,
Bagaimana atau cara untuk mereka rasa selesa denganku?
Asyik aku memikirkannya,
Luar daripada jangkaanku adab mereka dan pemikiran mereka sangat mengkagumiku,
Disini aku belajar cara untuk jangan sekali-kali menilai orang tanpa mengenali susuk itu dahulu,
Disana kami dibahagikan kepada sesi mak dan ayah angkat,
Sesi pada awalnya sangat merisaukan ku,
Kenapa risau?
Aku risau sekiranya mereka tidak selesa dengan ku,
Aku risau sekiranya mereka rasa aku dan mereka ada perbezaan daripada apa-apa aspek,
Sepanjang perjalananku sebelum tiba dirumah aku terus berfikir,
Bagaimana patut aku mulakan kata-kata?
Bagaimana untuk aku mulakan sapaan?
Bagaimana untuk aku bawa diriku yang sendiri di sana?
Aku dijemput oleh seorang akak dimasjid,
Sangat peramah dan manis raut wajahnya,
Senang aku melihat dia,
Setibanya aku dirumah mak dan ayah,
Aku melangkah masuk dengan bismillah dengan memberi salam yang agak perlahan,
Tidak lebih yang ku harapkan,
Hanya semoga kehadiran ku ini tidak menyusahkan mereka sekeluarga,
Aku melihat mak sambil senyum,
Mak sedang sibuk menyiapkan makan malam kami,
Akak mengajakku ke sungai untuk cari paku pakis,
Aku turutkan dengan rasa teruja kerana pengalaman pertamaku,
Pada malam pertama kami sekeluarga berkumpul,
Aku dan adik-beradik angkatku yang lain berkumpul di tengah rumah,
Mula untuk kenal antara satu sama lain,
Malam itu kami disajikan dengan pelbagai juadah makanan,
Aku disana selama 3 hari 2 malam,
Disana aku belajar cara komunikasi,
Aku melihat sekelilingku,
Aku belajar banyak perkara,
Diri ini rasa kerdil apabila melihat kesungguhan mereka,
Persaudaraan mereka sesama sendiri sangat erat,
Jujur aku rindu akan situasi itu,
Ayah dan umi mengajarku untuk sentiasa berterima kasih pada orang,
Kenal atau tidak kenal perkara kedua,
Tetapi pengahargaan itu penting untuk melahirkan rasa kasih sayang antara satu sama lain,
Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan,
Kampung Kuala Sat suatu destinasi yang memberi impak besar kepada mental dan rohaniku,
Kehidupan sekeliling kita terjadi dengan cara kita melihatnya,
Baik atau buruk fitrah kehidupan,
Jangan jadikan cara kita berfikir pada sesuatu persepsi meghalang untuk menggali rahsia bumi.
Comentários